Mingguan Amanz - 5G Malaysia, Galaxy Fold Malaysia, WhatsApp PDRM

Описание к видео Mingguan Amanz - 5G Malaysia, Galaxy Fold Malaysia, WhatsApp PDRM

Minggu ini menyaksikan SKMM menganjurkan hari terbuka, sekaligus memperlihatkan penawaran konsep penggunaan rangkaian 5G di Malaysia. Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan lagi, tetapi dijangka ditawarkan secara meluas sekitar 2021 / 2022 kelak.

Samsung pada minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan Galaxy Fold di Malaysia pada awal Mei kelak. Harga jualannya masih tidak diumumkan lagi buat masa ini.

Untuk pasaran tempatan, kini Honor telah melancarkan telefon pintar mampu milik terbaru mereka, iaitu Honor 20 Lite, dan akan dijual pada harga RM949. Oppo turut tidak ketinggalan dan telah menawarkan Oppo F11 untuk pasaran tempatan.

Dan akhir sekali, kini PDRM hadir dengan talian khusus yang memudahkan pengguna membuat aduan terus menggunakan aplikasi WhatsApp.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке