Herman S - Bakti Ibu (2010) Dikir Temasek Dikir Barat Singapura

Описание к видео Herman S - Bakti Ibu (2010) Dikir Temasek Dikir Barat Singapura

Dikir Barat
Dikir Singapura
Dikir Temasek

Herman S - Bakti Ibu (lagu & senikata: Ruslighani Iskandar & R Azmann)

Hanyalah dirimu permata hatiku
Setinggi langit seluas bumi pengorbananmu
Bagaikan lilin membakar diri
Kau menyinarkan cahaya bakti
Budimu suci bak embun pagi
Dikaulah ibu yang ku sanjungi

Begitu tingggi martabat mu ibu
Hinggakan shurgaku ditapak kakimu
Kau mengorbankan nyawa dan badan
Demi memberiku secebis kehidupan

Segunung kasih kau curah padaku
Bagaikan menatang minyak yang penuh
Dikau bekalkan jiwa ragaku
Pelita hidup penyuluh laluanku

dipersembahkan di dewan gelanggang di luar singgahsana Perkampungan Melayu Geylang Serai yang sayangnya telah dibubarkan, dipecahkan buat binaan bangunan terbaru.
Tetapi suasana kampung mmg sungguh meriah. dipersempahkan dari gabungan kumpulan2 dikir barat dari bermacam kumpulan seperti Hikayat Putera Emas, Dendang Mutiara, Nafiri Utara, Kelana Purba, Sri Teruna Jaya, Alang Ikan Duyung, Rajalaut, Rajawali, Andika dan Ilsa Pudih mcm mcm lagi. Walaupun lagu ini telah dipersembahkan pada tahun 1991 dari kumpulan Dendang Mutiara dalam Pertandingan Dikir Barat di Geylang Serai yang telah dikelolakan oleh kumpulan Rajawali dan persembahan pertandingan saya yang pertama bersama Hikayat Putera Emas yang telah dengan tidak menjangkakan saya yang telah meraihkan kemenangan saya yang pertama dari lima kemenangan sebagai Tok Juara Terbaik dalam hidup saya berkecimpung dalam seni Dikir Barat dari tahun 1991 hingga ke 1997. dan saya berasal dari kumpulan Hikayat Putera Emas, tetapi kadang saya dijemput oleh Kelana Purba, Dendang Mutiara unutuk membuat persembahan bersama mereka. Saya rasa amat berbesar hati kerana telah dijemput oleh kumpulan Dendang Mutiara untuk mempersembahkan lagu ini dalam rakaman album 1994 Dikir Temasek. Saya mengambil kesempatan untuk menyatakan ribuan terima kasih ke atas kumpulan Dendang Mutiara, terutama abg 'Bart Simpson', tok juara asal yg telah dendangkan lagu ini dlm pertandingan 1991 tersebut, dan saya cuma menumpang gembira di atas jemputan untuk mempersembahkan lagu ini dan juga bahagia diatas kejayaan & terlestarinya lagu ini hingga menyemarakkan lagi seni dikir barat di singapura.
Saya semenjak bermain dikir barat, Tok Juara yang paling saya minati adalah Allayarham Megat Nordin & Allayarham Ripin Ana. Lagu dikir barat yang paling saya gemari adalah seperti berikut:-
Dewi Menjelma
Tinggalah Kasih
Kamaliah
Indahnya Budi
Sunyi Sepi
Hidup di dunia
Hidup Usia Remaja
mulutmu lidahmu
dan mcm mcm lagi

Kenangan saya yg terindah adalah dapat bertemu, bersalaman dan sempat mencium tangannya Tok Juara Idola saya yaitu Allayarham (Encik) Megat Nordin selepas Pertandingan Piala Harun Ghani 96-97 yang mana beliau menjadi pengadil undangan dalam pertandingan dikir barat tersebut. Hatta, saya pula mewakili kumpulan yang saya namakan Ilsa Pudih yang bererti Hidup Asli (perkatan yg diterbalikkan) yg terdiri dari 10 aktivis dikir barat dari kumpulan Hikayat Putera Emas dan 10 pendukung seni dikir barat dari kumpulan Dendang Mutiara. Alhamdulillah kami berhasil meraih juara pertandingan dengan memenangi, kategori, Juara terbaik, saya, Tukang karut terbaik R Azmann, Paluan terbaik Manan, awok awok terbaik, dan kesuluruhan kumpulan terbaik termasuk lagu & senikata terbaik. Saya amat terperanjat dan dukacita diatas berita mengenai pemergian Allayarham. Amat mendadak bagi saya. Al fatihah.
Teras terung hehe saya nyatakan disini saya bermula dengan genre heavy metal, hehe dari lagu transformers oleh Lion. Kemudian Loudness, DIO, baru dengan band band rock Singapura dan Malaysia lewat 1980. spt Metallion, Sons of Adam, Headwind, Lefthanded, Justice, Helter Skelter, Bumiputera Rockers, Rockers, Rusty Blade, Lovehunters, Bloodshed, Search dan Wings. Saya dibesarkan dengan the Beatles, Abba, bee Gees, Lionel Richie, Chicago, Genesis, Eagles, Santana. BIla remaja pula suka pada Mr Big, BoyzIIMen, hi Richard Marx, Bryan Adams, Southern Sons, Queen, Az Yet. dan Brian McKnight. Imam atau pembaca al Quran atau Qari mahupun bilal atau mu'adzzin yang saya kagumi adalah Sheikh2, 'Abdurrahman as-Sudais, Sa'ud ash-Shuraim, Sa'ad al-Ghamidi, 'Abdul Baari Ath-Thubaiti, 'Ali al-Huzaifi, Kanaakri, Mishari. A'li Ahmad al-minyawi. Bilal, Mu'adzzin pula adalah, Sheikh2, 'Ali al-mula', Najee Qazaz, 'Abdul Basit dan Mustafa 'Ismail
saya suka melukis, menyanyi, memasak, menukang, saya suka melakukan apa saja, janji ia berkreatif dan berseni kerna ini semua Pemberian AnugerahNya.
subscribe iya terima Kasih.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке