'Sekiranya ada melakukan ucapan kurang sesuai' - Sanusi minta maaf depan Anwar

Описание к видео 'Sekiranya ada melakukan ucapan kurang sesuai' - Sanusi minta maaf depan Anwar

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor semalam mengambil kesempatan memohon maaf di hadapan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan beberapa menteri Kabinet pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah.

Muhammad Sanusi berkata permohonan maaf itu adalah bagi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks 'hablumminannas' selama beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Kedah dan atas kapasiti politik.

Sanusi juga berkata kepentingan rakyat harus mengatasi keghairahan untuk mengekalkan kuasa politik dan segala perkara yang bersifat politik sepatutnya hanya dibawa ke medan politik.

Sumber video: https://fb.watch/rSKZR75e5X/

Комментарии

Информация по комментариям в разработке